Pindaan kepada Akta Perhutanan Negara untuk melindungi hutan dengan lebih baik mungkin akhirnya membahayakan kawasan Central Forest Spine (CFS) dan biodiversiti di hutan lain, kata seorang bekas menteri. Menurut Yeo Bee Yin (PH-Bakri) kemungkinan itu boleh berlaku kerana fasal yang meminta kerajaan negeri menggantikan hutan simpan kekal boleh dijadikan alasan untuk menyah warta CFS. Membahaskan rang undang-undang itu hari ini, Yeo berkata walaupun pindaan terbabit kelihatan baik di atas kertas, menggantikan hutan simpan kekal boleh mengakibatkan pemecahan hutan yang akan memberi kesan negatif …