Status Tasik Chini sebagai rizab biosfera Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) masih boleh dipertahankan jika semua proses pemuliharaan berjalan seperti dirancang. Pengerusi Persatuan Pencinta Alam (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar, berkata penelitian awal dan laporan berkaitan risiko status tasik itu ditarik balik oleh Unesco adalah dibuat berdasarkan pemeriksaan pada 2021. Untuk tahun ini, katanya, ada beberapa usaha penanaman semula telah dilakukan di bawah kendalian Jabatan Perhutanan Pahang bagi memperbaiki kualiti kawasan terjejas akib…