もっと詳しく

Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Keluarga Malaysia dan Yayasan Generasi Malaysia digesa memainkan peranan dengan menggemblengkan ahli mereka menjadi “mata dan telinga” kerajaan untuk memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata melalui penggemblengan tenaga dan usaha seperti kata pepatah Melayu “Muafakat Membawa Berkat” pastinya akan membolehkan kemakmuran dan keamanan dikecapi, sekali gus mampu meningkatkan lagi Indeks Kebahagian Malaysia. “NGO tidak harus bersikap tunggu dan lihat tetapi perlu lebih proaktif dan bertindak menerusi ahli…