もっと詳しく

Kemasukan semula serpihan (debris) roket Long March 5B milik China ke ruang udara bumi dikesan berlaku pada jam 12.55 pagi tadi, kata Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Menurutnya menerusi pemantauan berterusan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan kenyataan Agensi Angkasa China memaklumkan serpihan roket berkenaan terbakar semasa memasuki ruang udara bumi. Pergerakan serpihan yang terbakar itu, katanya, turut melintasi ruang udara Malaysia dan dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk ruang udara Sarawak. “Sisa serpihan itu direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu iaitu kawasan antara latit…