もっと詳しく

ULASAN | Sedang berada di ruang legar Plenary Hall KLCC, seorang abang dalam usia 60-an bersama anaknya datang menyapa. Dia – yang datang dari Klang – bertanya tentang kedudukan surau. Kami ke surau bersama-sama. Ketika hendak turun ke tingkat tiga, dia menggunakan eskalator kerana ada masalah jika dia menuruni tangga. Di surau, kelihatan lebih ramai lelaki beruban, berambut semakin menipis, dan berperut maju ke depan. Anak muda banyak juga. Mereka datang dari serata negara. Di tempat duduk Silver dan Bronze kelihatan lebih ramai penonton berusia senja, lelaki dan perempuan. Kebanyakannya data…