Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka berdepan masalah kekurangan doktor ekoran pergerakan keluar doktor junior bermula 18 Julai ini. Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDL) mengongsikan surat bertarikh 30 Jun 2022 yang ditandatangani Timbalan Pengarah Perubatan II HKL Dr Marina Abdullah Sani berhubung perkara itu, di Twitter. “Adalah dimaklumkan pihak pengurusan tertinggi HKL mendapati akan berlaku krisis keurangan pegawai perubatan di HKL dan Hospital Tuanku Azizah (HTA) berikutan pergerakan keluar pegawai perubaan junior dari HKL bermula 18 Julai 2022,” menurut surat itu. Dr Azizah berkata satu…