もっと詳しく

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kenyataan Gerakan Media Merdeka (Geramm) yang mendakwa tiga petugas media dikasari anggota Unit Tindakan Khas di sebuah majlis di Tanah Merah, Kelantan, semalam. Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan hari ini mengesahkan tiada anggota Unit Tindakan Khas terlibat dalam kes berkenaan. “Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terbabit dalam kejadian tersebut,” katanya. Beliau berkata PDRM akan mengambil tindakan tegas sekiranya siasatan mengesahkan terdapat sebarang bentuk pelanggaran kod etika dan tatasusila oleh…