もっと詳しく

Tiga sekeluarga termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah mereka dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang melanda Kampung Iboi, Kupang di Baling petang semalam. Abd Rahman Said, 71, berkata ketiga-tiga mangsa ialah isterinya Salmah Mat Akib, 53, menantunya Nurul Hanis Abu Hassan, 23, dan anak tirinya Mohd Khairul Ikhwan Nor Azman, 14. Katanya ketika kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang, menantunya itu sempat menelefon memberitahu keadaan air yang semakin naik di kawasan rumah terbabit. “Ketika kejadian saya tidak berada di rumah dan bila menantu tele…