もっと詳しく

Tiga beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Pilah hari ini atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lepas. Pasangan suami isteri, R Guna Silan, 42, K Nagamah, 41, dan anak perempuan mereka G Nisha, 21, didakwa bersama-sama sebagai penjaga kepada kanak-kanak itu telah mendera mangsa menggunakan rotan dan memukulnya, menendang serta menyimbah air panas. Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di seluruh bahagian badan iaitu di bahagian dada, belakang badan, kedua-dua belah kaki, kepala dan muka. Mereka dituduh melakukan pe…