もっと詳しく

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan menerima kunjungan Menteri Luar China yang juga Penasihat Negara, Wang Yi, yang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia mulai Isnin. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan semasa lawatan itu, Wang Yi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. Wang Yi juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Saifuddin dan Wang Yi dijadual mengadakan mesyuarat dua hala untuk membincangkan pelbagai bidang…