Jumlah asset yang dilucuthak dan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia pada tahun lepas adalah kira-kira RM5.1 billion, dengan 99.57 peratus daripadanya berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. Beliau berkata siasatan SPRM juga telah membawa 152 kes pelucuthakan harta dikendalikan di mahkamah dengan 121 daripadanya telah selesai. “117 kes atau 96.7 peratus memihak kepada pendakwa raya dan empat kes, atau 2.2 peratus tidak memihak kepada pendakwa raya,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Media SPRM 202…