Di tengah-tengah spekulasi berkaitan masa depannya bersama Bersatu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali dikatakan bertemu dengan dua wakil PKR. Perkara ini didedahkaan beberapa orang pemimpin kanan PKR kepada Malaysiakini yang tidak mahu identiti mereka didedahkan. Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan itu berlangsung pada Rabu lalu (15 Jun) di Hotel Sheraton di Petaling Jaya. “Ia berlangsung selama sejam,” kata satu sumber. Malaysiakini telah menghubungi pejabat Azmin semalam dan masih menunggu maklum balasnya. Dia bagaimanapun pagi ini mengeluark…