もっと詳しく

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengagalkan cubaan menyeludup pelbagai bahagian badan haiwan liar termasuk gading gajah, tanduk badak sumbu, sisik tenggiling dan taring harimau bernilai kira-kira RM80 juta yang disorok di belakang timbunan kayu bergergaji dalam sebuah kontena, 10 Julai lepas. Ketua Pengarah Kastam Datuk Zazuli Johan berkata kontena dengan muatan barangan itu dikesan di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, dan ia merupakan rampasan terbesar pernah dicatatkan JKDM yang membabitkan bahagian haiwan liar. Katanya antara rampasan terbesar yang pernah dilakukan JKDM sebelum …