Seorang pelakon lelaki popular direman selama tiga hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes menumbuk dan menendang seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, Khamis lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji berkata pelakon berusia 30-an itu ditahan tengah hari ini di kediamannya di kondominium sama. “Kejadian berpunca apabila mangsa telah meminta rakannya menghantar barang ke kediamannya kira-kira pukul 8 malam namun tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan di kondominium itu, mangsa kemudian turun ke lobi untuk bertanya ke…