もっと詳しく

Barisan Nasional (BN) sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Friends of BN akan diberi peluang menjadi calon mewakili gabungan parti politik itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Presiden Umno, berkata pihaknya akan berbincang bagi menentukan kerusi untuk calon daripada Friends of BN pada pilihan raya itu. “Saya pasti akan beri peluang (untuk Friends of BN), di mana (kerusi) kita boleh bincang,” katanya kepada pemberita pada majlis Santai Bersama Bossku@Nilai yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Tun Ra…