もっと詳しく

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berkata pengurusannya bersetuju untuk memulakan perbincangan susulan piket oleh Kesatuan Kakitangan LTAT (KKLTAT) bagi mendesak agar tunggakan pelarasan gaji mereka dibayar. Dalam satu kenyataan hari ini, LTAT berkata pihaknya akan memulakan perbincangan bersama wakil daripada KKLTAT, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). “Pengurusan LTAT telah menyatakan kesediaannya untuk memberi penerangan yang sewajarnya dan menjalankan perbincangan bersama wakil-wakil daripada Cuepacs, MTUC…