Pengerusi Save Kelantan Husam Musa mengarahkan peguamnya untuk memfailkan permohonan mengetepikan saman difailkan Al Dar Resouces Sdn Bhd (Al Dar Resouces) dan pemiliknya Mohd Hafiz Mohd Rasdin. Menurut bekas exco kanan Kelantan itu, pihaknya hanya menerima writ saman berkenaan pada petang semalam melalui serahan tangan kepada pembantu rumah. “Saya telah mengarahkan peguam saya memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman ini kerana ia merupakan penyalahgunaan proses mahkamah dan cubaan menghalang terdedahnya kegiatan yang menyalahi undang-undang pihak yang masih belum ditentukan terlibat da…